1) perkara yang patut ade pada kepimpinan ialah sikap berlapang dada
2) orang yang bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah dalam menggadaikan maruahnya dirinya
3) orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang di sukainya
4) seseorang hamba itu begitu jauh dari ALLAH s.w.t apabila ia mementingkan perut dan tuntutan nafsunya
5) takutlah kamu dalam melakukan maksiat kepada makluk ALLAH swt kerana sesungguhnya yang menyaksikan perbuatan tersebut adalah hakimnya
bersambung..
6) memberikan hujjah kepada si jahil adalah mudah pun begitu apa yang susah ialah bagi si jahil tadi menerima hujjah tersebut
7)letakkan rahsiamu pada seseorang individu sahaja manakala mesyuarat hendaklah di maklumkan kepada seribu orang
8)jadikanlah umur ibarat wang yang diberikan kepadamu sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia
9) orang yang paling jahil dari kalangan orang-orang jahil ialah mereka yang terjatuh ke dalam lubang binatang dua kali
10) orang mukmin yang sebenar tidak akan terkena sengatan binatang yang berada didalam lubangnya dua kali
11) orang yang paling di kasihimu ialah mereka yang paling banyak membantumu sekiranya tiada yang sedemikian maka orang yang paling dikasihimu ialah orang yang paling banyak dibantu olehmu
12)menanggung kemiskinan lebih baik daripada menanggung kehinaan kerana sabar menghadapi kemiskinan ialah sifat mulia redha dengan apa yang ada manakala sabar menghadapi kehinaan adalah suatu kelemahan
13) sanggu menanggung kesusahan adalah kubur sagala keaiban
14) berbuat baiklah kamu kepada keturunan orang lain nescaya terjaga keturunan kamu
15)apabila seseorang mukmin barasa malu kepada saudaranya maka ketahuillah bahawa dia telah berpisah darinya
16)hendaklah engkau memuji sesiapa yang bertindak kasar. tidak beradap sopan denganmu dan menyatakan kesalahanmu dan janganlah engkau memuji sesiapa yang menyatakan kebaikanmu dan yang memujuk rayumu pengampu
17) orang yang paling bodoh ialah apabila diceritakan sesuatu kepadanya maka dia lupa dan apabila dia bercakap maka dia gopoh dalam percakapannya dan apabila dia didorong melakukan keburukan maka dia terus melakukan keburukan tersebut
18) pilihlah untuk menjadi mereka yang kalah sedang engkau adalah seorang yang adil dan janganlah engkau pilih untuk menjadi pemenang sedang engkau adalah zalim
19) cabutlah kejahatan daripada dada (hati) orang lain dengan cara menanggalkan kejahatan daripada dadamu terlebih dahulu
20)menunaikan amanah adalah kunci rezeli
OLAHRAGA MSS MELAKA 2018
-
Keputusan penuh Olahraga MSS Melaka 2018:
800m L15 (Adam Haikal) - Final (no.4)
800m L18 (Firdaus Akhbar) - Final (no.4)
Lompat Jauh L15 (Amrin Iskandar) - ...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment