BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 22, 2010

nasihat rasulullah SAW kepada saidina ali bin abi talib

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Ali bin Abu Talib berkata : "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah telah bersabda kepadaku dengan mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku: 1. Hai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang, bahawasanya sesiapa yang memasuki tempat mandi separas pinggang, maka dia mendapat laknat dari jari telunjuk dan di jari tengah. 2. Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah, sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut. 3. Hai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istigfar "Rabighfirlifainahu layaghfirul-zunuba illa Anta" (Ya Tuhanku ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Lalu Allah berfirman, "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku, jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia". 4. Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta, bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sidiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab (dusta) itu celaka. 5. Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba bahawasanya orang yang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga. 6. Hai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau, sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan-Nya. 7. Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok, bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari. 8. Hai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah, bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan. 9. Hai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi, bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan. 10. Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah, apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya, pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran. 11. Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukkan daripada Allah. 12. Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau benci juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman, dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi. 13. Hai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan di antara ahli rumahmu, hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. Hai Ali, peliharalah pesanku (wasiatku), engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan, Insya-Allah

0 comments: