BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 21, 2010

balik skolah dh.......

alamak petang nie nak blik skolah da........
tidak ini sungguh menggembirakan kerana kebosanan ku ak hilang selamanya........
ak akn bersuka ria..
tp x leyh st sbb ari nie kena blik pkai bju batik bab ad pegawai datang ari nie........
so smua plajar mozac kena pkai bju batik ble blik.....
tp bg smua plajar f3 anda smua xkan bebas selag pmr belum abis k......
anda smua harus buat sesungguh hati korang........
k salam............

Saturday, February 13, 2010

SELAMAT TAHN BARU CINA


selamat tahun bru cina kepada semua warga mozac yang beragama cina. selamat tahun baru cina n jgn lupa bg angpau terutama thiam jgn lupa tau.....

Friday, February 12, 2010

Kajian Sejarah Tempatan

Semua pelajar f3 diberi tugas untuk melaksanakan elemen 1 bagi tajuk perayaan setiap kaum di malaysia bagi memenuhi atau menyiapkan kajian sejarah tempatan tingkatan 3. oleh itu semua pelajar tingkatan 3 terpaksa mencari keratan-keratan akhbar atau artikel berkenaan perayaan kaum. bahan-bahan untuk mencari maklumat adalah bahan ilmiah, akhbar, internet, dan org sumber. oleh itu semua pelajar tingkatan 3 terpaksa mengeluarkan kerigat bg mencari maklumat.

BERUNDUR DALAM IBADAT

“Naqib…….”, kedengaran suaranya yang lemah melalui telefon.

“Ramai yang keluar hujung minggu ini”, katanya lagi.

Naqib dapat mengagak mesej yang cuba disampaikan.

“Apakah kamu bersedih?” soal Naqib.

“Sedikitlah. Tidak ramai yang dapat hadir. Muka yang biasa, tiada. Apa kata ditangguhkan pada minggu hadapan”, dia mencadangkan.

“Sedikit atau ramai bukanlah motivasinya. Mereka keluar mecari ilmu. Mereka yang tinggal di dalam juga perlukan sesuatu. Kita teruskan sahaja dengan apa yang ada”, Naqib memberikan keyakinan.

“Baiklah. Kita teruskan!”, suaranya kembali ceria.

Debaran Sebelum Bermula

Setiap kali sebelum bermula, Naqib pasti berdebar dan tertanya-tanya. Berapa ramailah agaknya yang bakal turut serta.

Astaghfirullah. Serahkan semuanya pada Allah.

Naqib serta sahabat-sahabatnya telah berusaha. Jauh sekali ingin memaksa, sebaliknya memberikan pilihan serta kebebasan penuh pada mereka agar kehadiran lahir dari dalam diri.

Jam menunjukkan masa yang dijanjikan untuk bermula. Alhamdulillah, ada yang sudah tiba. Jelas kali ini tidak ramai seperti biasa. Namun syukur kepada Allah kerana angka 20 sudah cukup memeriahkan suasana. Paling penting ialah hati-hati yang hadir dan berkumpul pada ketika itu ikhlas keranaNya.

Beberapa individu sempat bertemu Naqib menunjukkan muka. Memohon maaf kerana tidak dapat turut serta.

“Maaf tidak dapat join kali ini”, ujarnya.

“Tiada siapa yang bersalah”, ujar Naqib dalam senyuman dan bersalaman.

Jangkitan Budaya Memberi

“Mengapa agaknya kita lakukan aktiviti ini setiap kali” tanya Naqib kepadanya.

“Ruang untuk memberi serta menerima. Ruang untuk santai dan berfikir hal-hal seharian kita lalu mengaitkannya dengan Maha Pencipta”, jawabnya ringkas.

“Tepat sekali. Justeru, apakah pantas berundur kerana jumlah kehadiran yang sedikit? Atau mungkin kerana cabaran-cabaran lain yang pelbagai, bisikan syaitan dan manusia?”, soal Naqib lagi.

Dia diam. Mungkin terkenangkan perbualan di telefon.

“Berakviti sebegini ibarat memberi. Memberi adalah satu ibadah. Justeru, kita bukannya ingin berlawan. Ibadah bukan untuk menyakitkan siapa-siapa. Bahkan untuk menunaikan ibadah, hati perlu tenang dan ikhlas agar Allah terima. Moga-moga kita akan lebih rancak berlumba-lumba dalam kebaikan. Moga-moga, semangat untuk memberi ini tersebar lalu berjangkit pada orang lain pula”, Naqib memberikan pendapat.

“Apabila semua orang beraktiviti positif, bukankah mudah kerjanya”, dia menamatkan bicara.

Setiap tindakan kita perlu jelas tujuannya. Apabila bertindak, perlulah bijak serta penuh tanggungjawab. Kelak setiap tindakan akan meninggalkan kesan yang perlu kita berhadapan dengannya.

Tindakan yang dimulakan dengan niat ikhlas pasti dipermudahkan sekalipun terbentang cabaran. Usahlah gusar.

Andai jumlah bilangan yang hadir itu melemahkan, masakan tentera Badar al-Kubra tetap terus melangkah ke medan perang.